Sabah Kerjasama Dengan UPM Bangunkan Lembah Tenusu Di Keningau

lembah-susu.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah akan bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membantu mengkaji, merancang dan membangunkan lembah tenusu di Keningau.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam perbincangan dua hala dengan universiti itu Khamis lepas, mencadangkan agar pusat kemudahan lembah itu dibina di Tambunan.

“Pada masa ini tanah rizab di Tambunan berkeluasan 9,150 hektar tidak termasuk Bingkor dan Liawan dalam kawasan perbandaran Keningau,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata lembah tenusu itu akan disokong oleh beberapa ladang satelit yang akan dibangunkan di rizab padang ragut berdekatan.

Bagaimanapun, mesyuarat berkenaan yang pertama kali diadakan antara kerajaan Sabah dengan universiti itu tidak menetapkan tarikh akhir mengenai bila laporan kajian itu akan disiapkan untuk penilaian.

Jeffrey berkata projek lembah tenusu di Sabah itu adalah satu daripada lima lembah tenusu di bawah Program Pembangunan Industri Tenusu Negara yang bertujuan memastikan kadar sara diri pengeluaran susu segar domestik menjelang 2025.

Beliau berkata UPM mempunyai kepakaran teknikal dalam membangunkan lembah tenusu menerusi Pusat Kecemerlangan Industri Tenusu.

“Universiti itu juga mengusahakan ladang tenusu berjaya dan baru-baru ini bekerjasama dengan Farm Fresh Sdn Bhd untuk memperkukuhkan kapasiti pengeluaran tenusu domestik menerusi Pusat Kecemerlangan Industri (ICOE) Ladang Tenusu UPM-Farm Fresh.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top