Sabah, Kelantan, Terengganu dijangka alami hujan berterusan mulai Sabtu – MetMalaysia

hujan.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda beberapa bahagian di Sabah selama tiga hari mulai Sabtu ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 1 tengah semalam, memaklumkan kawasan terlibat di Sabah termasuk Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Sementara itu, cuaca sama dijangka melanda Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh selama tiga hari bermula 29 Dis ini.

Turut diramal mengalami cuaca sama adalah seluruh negeri Terengganu. – BERNAMA

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top