Sabah kekal menjadi destinasi pilihan pelancong Korea Selatan

christina.jpg

Christina (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada Majlis Penghargaan dan Makan Tengahari bersama Pengusaha Perindustrian Korea Selatan sempena dengan Jerayawara Pelancongan Sabah.

Kongsi Bersama

SEOUL: Pelancong Korea Selatan kekal menjadikan Sabah sebagai destinasi pelancongan pilihan sejak pembukaan sempadan negara pada April tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, dari Januari sehingga September lalu, Sabah telah menerima hampir 152,000 pelancong Korea Selatan, ia peningkatan sebanyak 451.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Hari ini, Sabah mempunyai 23 penerbangan terus setiap minggu dari Incheon dan Busan ke Kota Kinabalu yang dioperasikan Jin Air, JejuAir, T’way Air dan Air Busan.

“Saya difahamkan semua syarikat berkenaan akan meningkatkan kekerapan penerbangan pada musim sejuk akan datang.

“Sabah juga bakal menerima perkhidmatan penerbangan carter dari Incheon ke Kota Kinabalu pada musim sejuk nanti,” katanya ketika berucap di Majlis Penghargaan dan Makan Tengahari bersama Pengusaha Perindustrian Korea Selatan sempena dengan Jerayawara Pelancongan Sabah di sini, semalam.

Seramai lapan pengusaha tempatan Sabah turut menyertai jerayawara berkenaan.

Dalam majlis berkenaan, Christina juga menjelaskan kerajaan Sabah telah melancarkan Program ‘Sabah – Malaysia My Second Home’.

“Kerajaan Sabah telah memperbaiki syarat ditetapkan dan berharap mampu menarik pelabur untuk melabur di Sabah,” katanya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top