Sabah juara keseluruhan Sopma edisi ke-21

sopma.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Dengan memperoleh 39 pingat Sabah muncul sebagai juara keseluruhan Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma) edisi ke-21 yang menyaksikan penyertaan 600 atlet dari 14 negeri.

Sopma yang berlangsung di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang itu menutup tirainya malam tadi melibatkan lima acara sukan iaitu olahraga, bola sepak (lelaki), futsal (wanita), badminton dan boling.

Sabah berjaya meraih sebanyak 17 pingat emas, 15 perak dan tujuh gangsa.

Sarawak yang meraih enam emas, dua perak dan empat pula menjadi naib juara.

Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Ong Shin Ruenn berkata, temasya ini setaraf dengan Sukan Malaysia (Sukma) dan ia akan kembali pada tahun 2025 di Kuching, Sarawak.

Menurut beliau, lapan acara yang akan dipertandingkan di Sopma 2025 adalah bukti bahawa aktiviti sihat seperti sukan melibatkan golongan orang pekak semakin berkembang pesat.

“Sopma akan kembali pada 2025 di Kuching, Sarawak serta bakal memperkenalkan tiga acara tambahan iaitu renang, ping pong dan orienteering.

“la adalah bukti bahawa golongan orang pekak mampu menyertai aktiviti kesukanan sama seperti orang normal,” katanya

Dalam masa sama menurut beliau, pihaknya juga akan meneruskan pencarian atlet-atlet baharu sebagai persediaan di masa akan datang.

“Saya cukup berpuas hati kerana lebih ramai atlet-atlet muda yang melibatkan diri dalam Sopma kali ini dan banyak juga rekod baru berjaya dicatat,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top