Sabah Ikut Ketetapan MKN, ‘Total Lockdown’ Sektor Ekonomi, Sosial – Masidi

masidi.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sabah mengikut ketetapan ‘total lockdown’ sektor ekonomi dan sosial yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jurucakap Pengurusan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, MKN merupakan pembuat keputusan tertinggi dan arahan itu terpakai di Sabah.

“MKN adalah pembuat keputusan tertinggi kecuali ada dikhususkan (kepada negeri-negeri). Namun, kenyataan itu terguna pakai di seluruh negara,” katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Lewat petang Jumaat, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh MKN.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

Setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak ini dan jumlah kematian semakin meningkat, katanya. – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top