Sabah Harap Terima 2.88 juta Lagi Bekalan Dos Vaksin Covid-19

vaksin.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Sabah berharap dapat menerima lebih 2.88 juta lagi agihan dos vaksin Covid-19 bulan ini untuk terus menggerakkan program vaksinasi di seluruh negeri itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga jurucakap Covid-19 negeri Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, ia bagi menjayakan sasaran mereka untuk mencapai purata pemberian dos vaksin sebanyak 60,000 sehari.

Katanya, setakat ini hampir 41% populasi dewasa di negeri itu telah lengkap dua dos vaksin manakala sebanyak 19,799 suntikan dos pertama diberikan.

“Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif terkini pemberian dos pertama vaksin adalah lebih 1.64 juta dan dos kedua pula lebih 1.11 juta,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, negeri itu merekodkan sebanyak 2,329 kes positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 152,602 kes.

Katanya, 3,355 pesakit telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh seramai 120,699 orang, 4,907 pesakit lagi masih menerima rawatan dan 33 kematian direkodkan setakat ini. – FMT


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top