Sabah hantar kontinjen terkuat ke SUKMA XXI Sarawak

hajiji-sukma.jpg

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor (dua kanan) menerima maskot SUKMA Sarawak XXI daripada Abdul Karim ketika kunjungan hormat di Kota Kinabalu. Foto/Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah akan menghantar kontinjen terkuat menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak bagi memberi saingan hebat kepada negeri-negeri lain termasuk tuan rumah Sarawak dalam kejohanan itu tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor juga yakin penganjuran SUKMA kali ini adalah dengan baik kerana Sarawak boleh melakukan yang terbaik.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak yang diketuai Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Khamis.

Semasa kunjungan itu, Abdul Karim memberi taklimat berkenaan persiapan Sarawak selain menyerahkan surat jemputan rasmi kepada Hajiji untuk menghadiri majlis perasmian SUKMA XXI Sarawak yang akan diadakan Ogos depan dan Para SUKMA yang akan diadakan sebulan kemudian.

Abdul Karim berkata, SUKMA XXI Sarawak hanya berbaki 58 hari lagi dan segala persiapan sudah cukup teratur dengan temasya itu akan diadakan di sembilan bahagian negeri Sarawak.

Katanya, Sabah adalah negeri terakhir yang dikunjungi oleh Jawatankuasa Induk SUKMA dan Para SUKMA XXI selepas mengunjungi semua negeri termasuk Negara Brunei Darussalam.

Rombongan Abdul Karim terdiri daripada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Sri Fatinah Abdullah dan Timbalan Menterinya, Datuk Rosey Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak 2024 Datuk Hii Chang Ker, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak- Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Felicia Tan, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Morshidi Fredrick dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak Semawi Mohamad.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Ellron Angin dan Pembantu Menterinya Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri Datuk Mansur Asun.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top