Sabah Hampiri Sasaran Sifar Kes Covid-19

Masidi-Manjun.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah semakin menghampiri sasaran sifar kes penularan tempatan COVID-19, meskipun masih berlaku jangkitan di beberapa daerah negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun berkata semalam negeri ini hanya mencatatkan 29 kes positif baharu Covid-19.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi laman Twitternya.

Jumlah itu merupakan terendah pernah direkodkan di Sabah sejak gelombang ketiga Covid-19 melanda negara pada penghujung September tahun lalu.

Masidi berkata hanya satu kes dilaporkan di bandaraya Kota Kinabalu semalam manakala Nabawan mencatatkan kes tertinggi, dengan 11 kes.

Sehingga kini, kumulatif kes Covid-19 di Sabah sebanyak 53,932 kes.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top