Sabah Hadkan Majlis Fizikal Dua Jam, Perlu Jalani RTK

safar-untong.jpg

DSP Safar Untong

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Penganjuran majlis secara fizikal di negeri ini akan dihadkan selama dua jam selain kapasiti maksimum satu pertiga ruang premis dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong berkata, penganjuran majlis secara fizikal juga perlu mewajibkan individu yang hadir menjalani Ujian RTK-Antigen air liur atau daripada pengamal perubatan.

“Kerajaan negeri juga menyarankan penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi ditunda bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.

“Bagaimanapun ia boleh diadakan secara dalam talian bagi mengawal jangkitan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi surat arahan yang dikeluarkan bertarikh 9 Februari 2022.

Arahan itu susulan jumlah kes harian COVID-19 di negeri ini mengalami peningkatan mendadak sejak beberapa minggu lalu

Trend laporan kes harian jangkitan COVID-19 sejak lima hari lalu telah melepasi angka 1,000 dan kes positif dijangka terus meningkat jika semua pihak gagal mematuhi SOP.

Kelmarin, Sabah merekodkan sebanyak 3,333 kes positif baharu COVID-19 namun menurun kepada 2,969 kes semalam.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top