Sabah FC tumpaskan Kuching City 2-1

bola.jpg

Penyerang Sabah FC Saddil Ramdani (kanan) cuba melepasi dua pemain Kuching City FC pada perlawanan Liga Super mereka di Stadium Likas pada Sabtu. - Foto: Bernama

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Stadium Likas di sini bergegar hebat malam tadi apabila Sabah FC meneruskan keunggulannya dengan membenam Kuching City 2-1.

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan dan penyokong-penyokong mula cemas bila gawang The Rhinos dibolosi pada minit ke-64 hasil jaringan penyerang Brazil Pedro Henrique.

Tetapi mereka kembali lega apabila Sabah FC berjaya menyamakan kedudukan sebelas minit kemudian melalui jarangan Darren Lok.

Semangat juang yang tinggi menyaksikan satu lagi jaringan diperoleh oleh Sabah FC, kali ini disumbangkan oleh pemain sayap Jafri Firdaus Chew pada minit 85.

Kemenangan malam tadi meletakkan The Rhinos dalam kelompok atasan dan kini berkongsi tujuh mata dengan Terengganu yang turut meraih kemenangan pada perlawanan ketiga, kelmarin.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top