Sabah FC Sangkal Dakwaan Tidak Berasas Sebuah Portal Tempatan

Sabah-FC.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah FC memandang serius laporan ‘Siasat Salah Laku dan Pecah Amanah dalam Sabah FC’ yang dilaporkan sebuah portal media online tempatan di sini semalam.

Sabah FC dalam kenyataannya semalam menyangkal segala tuduhan yang dilaporkan media online tersebut sekaligus mempersilakan mana-mana pihak untuk melakukan siasatan dijalankan ke atas Sabah FC.

Sabah FC dalam kenyataannya memberitahu bahawa setakat ini semua urusniaga perpindahan pemain (pemain import) mempunyai dokumen rasmi mengikut prosedur ditetapkan serta bukan dijalankan secara sesuka hati.

“Tiada isu ‘Mark Up’ seperti yang dilaporkan portal berkenaan.

Sabah FC juga cuma membayar RM30 ribu untuk kos logistik penghantaran LED ke Kota Kinabalu dan ia merupakan sumbangan daripada salah satu penaja Sabah FC untuk musim ini.

“Bagi sistem Catapult pula hanya RM65 ribu dibelanjakan kelab dan ia dibeli secara terus daripada Australia tanpa membabitkan mana-mana pihak atau orang tengah (agent) seperti yang dinyatakan.

Sabah FC mencabar sesiapa yang membuat kenyataan tersebut untuk tampil menunjukkan segala bukti berkenaan salah laku dan pecah amanah yang dinyatakan di dalam portal berkenaan.

Pihak pengurusan kelab akan membuat laporan polis untuk memaklumkan tentang hasutan ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya portal online tersebut atau mana-mana pihak secara terus menerus menabur fitnah yang tidak berasas terhadap Sabah FC.

Sabah FC percaya segala tuduhan tidak berasas ini adalah dengan niat untuk menjatuhkan imej serta kerja keras yang dibuat pihak pengurusan kelab selama ini.

Fokus utama kelab adalah untuk meletakkan Sabah FC di landasan yang betul sama ada di dalam mahupun di luar padang.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top