Sabah FC pertingkat semua aspek keselamatan

Shahelmey-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Sabah FC akan meningkatkan tahap keselamatan dalam semua aspek yang melibatkan pemain, pihak pengurusan serta penyokong.

Menegaskan mengenai perkara itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya berkata, pihaknya mengambil perhatian serius terhadap beberapa kejadian membabitkan pemain di Semenanjung Malaysia dan berharap kejadian seperti itu tidak merebak ke negeri ini.

“Kita sangat mengutamakan keselamatan semua pihak bukan sahaja kalangan pemain malah termasuk juga pihak pengurusan Sabah FC serta penonton dan lokasi perlawanan.

“Kita berharap kejadian ini dapat dimuktamadkan segera agar perjalanan liga nanti tidak akan terjejas sekali gus Sabah FC akan meningkatkan semula keyakinan penonton untuk kembali memberikan sokongan di setiap lokasi perlawanan,” katanya dalam sidang media pada Khamis.

Dalam hubungan yang sama Shahelmey berkata, Sabah FC memberi jaminan akan meningkatkan tahap keselamatan menjelang aksi pembukaan Liga Super Sabah FC menentang Penang FC pada 12 Mei ini.

 

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top