KOTA KINABALU: Sabah menjadi pasukan pertama menempah tempat ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan pasukan Liga Separuh Pro A1, Putrajaya Athletic 7-0 secara agregat pada pusingan 16.
Pada perlawanan kali kedua itu yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Cheras itu, Sabah, yang diketuai jurulatih sementara Alto Linus, mencatat kemenangan 3-0 .
Gol dijaringkan oleh penyerang Darren Lok (minit ke-67), pemain tengah Stuart Wilkin (minit ke-77) dan penyerang Brazil Joao Pedro (minit ke-81).
Pada perlawanan pertama dahulu Sabah menang 4-0.
Sabah akan menentang sama ada Bandaraya Kuching atau Pulau Pinang pada suku akhir.
Komen