Sabah FC Berpesta Gol Di Likas

sabah-FC.jpg

Penyerang Sabah FC Daniel Sang Ting (tiga, kiri) meraikan jaringan keduanya ketika menentang Kelantan FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas malam ini. - BERNAMA

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah FC mengamuk malam tadi dengan membelasah Kelantan FC 6-1 dalam saingan Liga Super, di Stadium Likas, di sini malam tadi.

Kemenangan manis itu datang selepas Sabah FC gagal mengutip mata penuh dalam tiga aksi Liga Super di gelanggang lawan sebelum ini.

Dengan kemenangan malam tadi kedudukan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu turut berubah dalam carta Liga Super, naik satu anak tangga ke tangga keempat dari tangga kelima sebelum ini.

Pesta gol tuan rumah dimulakan pemain tengahnya, Daniel Ting yang meledak dua gol masing-masing pada minit ketiga dan ke-10, manakala gol ketiga dijaringkan pemain pertahanan, Dominic Tan pada minit ke-47.

Kapten Sabah, Baddrol Bakhtiar menambah gol keempat pada minit ke-60 hasil hantaran Stuart John Wilkin di kawasan kotak penalti Kelantan.

Stuart kemudian melakar hatrik apabila menghadiahkan satu lagi gol melalui sepakan kencangnya dari hadapan kotak penalti Kelantan yang gagal ditampan penjaga golnya, Mohd Farhan Abu Bakar pada minit ke-74.

Derita Kelantan bertambah apabila Sabah berjaya menambah satu lagi gol pada minit kecederaan babak kedua melalui Telmo Castanheira, sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya Sabah.

Gol sagu hati Kelantan pula dijaringkan pada awal permulaan aksi separuh masa kedua melalui Miguel Angel Garrido Cifuentes.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top