Sabah FC Berpeluang Naik Tiga Teratas Liga

sabah-fc.jpg

Gambar fail: Sabah FC ketika meraikan salah satu kemenangan.

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Sabah FC berpeluang untuk kembali berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super dengan syarat menewaskan Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam esok.

Ia kerana pasukan tangga kedua dan ketiga, Negeri Sembilan FC dan Kedah Darul Aman FC turut membuat perhitungan malam ini di Stadium Darul Aman.

Bagaimanapun, Sabah yang kini menghuni tangga keempat liga turut berdepan risiko jatuh ke tangga kelima sekiranya mereka tewas dan KL City FC berjaya mengalahkan Sarawak United FC di Stadium Negeri, Kuching.

Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee pasti memiliki ramuan tersendiri untuk memastikan mereka dapat membawa pulang mata berharga berdepan Penang yang sedang bergelut di kedudukan tercorot.

“Kita akan berdepan Penang dan pastinya kita perlu berada pada tahap kecergasan yang lebih baik di mana selepas tiga hari bermain 120 minit sudah tentu ia memberi impak besar kepada pemain,” katanya.

Anak buah Kim Swee mempamerkan prestasi memberansangkan sepanjang musim ini apabila berjaya meraih 12 mata dari enam perlawanan dan menghuni tangga keempat.

Penang pula yang bergelut dengan masalah prestasi sepanjang berada di kedudukan tercorot dan hanya mengumpul tiga mata selepas mengharungi tujuh perlawanan.

Sementara itu, pengendali Penang, Manzoor Azwira Abdul Wahid berkata kemenangan 4-1 ke atas Perak dan mara ke suku akhir Piala FA, Sabtu lalu menjadi ‘modal’ buat mereka meneruskan momentum terbaik dalam Liga Super.

Katanya, motivasi tinggi yang diraih itu mungkin mampu dijadikan senjata untuk mereka mendapatkan kemenangan pertama dalam Liga Super biarpun bakal berdepan cabaran sukar.

“Kemenangan ke atas Perak menaikkan moral pasukan dan kita perlu memperbetulkan lagi pasukan supaya lebih mantap. Keadaan pasukan sebenarnya tidak berada dalam situasi terbaik. Kita masih cuba membuat yang terbaik dan paling penting menaikkan semangat pasukan semula,” katanya. – BH

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top