SABAH DULU-DULU – Bahagian 1

tebang-abaka.jpg
Kongsi Bersama

Bancian rasmi pada 1931 menunjukkan jumlah penduduk Sabah (ketika itu North Borneo) adalah 279,186, meningkat 4 peratus berbanding bancian rasmi 1921.

Penduduk pribumi (Dusun, Bajau, Murut, Bisaya, Orang Sungai dan sub-suku masing-masing) yang berjumlah 206,444 merupakan kumpulan terbesar, diikuti Cina (51,118), Jawa (9,854), Melayu (6,295), dan selebihnya kaum-kaum lain.

Pada tahun 1941, sebelum Perang Dunia Meletus dan Sabah ditakluki Jepun, jumlah penduduk dianggar meningkat kepada 309,618.

Walau bagaimanapun peperangan menyaksikan banyak jiwa terkorban, sama ada akibat dibunuh oleh Jepun, kebuluran atau wabak penyakit, terutamanya malaria.

 

Tidak ada angka rasmi mengenainya.

Pada tahun 1947, satu semakan jumlah penduduk diadakan bagi tujuan mengawal bekalan makanan menunjukkan jumlah penduduk 331,361 orang. Tetapi pejabat kolonial tidak menganggapnya sebagai angka yang tepat.

Sehingga 31 Disember 1948, 17,493 tenaga kerja direkodkan secara rasmi di Sabah. Daripada jumlah itu hanya 3,863 yang bekerja dengan kerajaan. Mereka terdiri daripada penduduk pribumi (2626), Cina (993), Jawa (187), lain-lain (57). Tenaga kerja lain berada di ladang (getah, kelapa, tembakau dan rami abaka atau Manila hemp) serta industri dan perniagaan.

28,200 tenaga kerja lain terlibat dalam kerja-kerja perladangan, perkebunan dan perikanan berskala kecil.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top