Sabah Diramal Alami Hujan Berterusan Hari Ini

hujan.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Sabah adalah antara beberapa negeri yang dijangka mengalami hujan berterusan hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan di beberapa negeri sehingga Selasa.

MetMalaysia menerusi jadual ramalan cuaca di Facebook menunjukkan hujan berterusan hari ini di beberapa tempat di Pahang, Johor, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Selain itu, cuaca sama dijangka berlaku pada sebelah petang di beberapa tempat di Perak dan Kelantan.

Ribut petir pula dijangka berlaku di satu dua tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah, petang ini.

Hujan juga dijangka terus berlaku di beberapa tempat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah, sehingga Selasa ini.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top