Sabah Diramal Alami Cuaca Buruk Sehingga Khamis

download.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hari ini, mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sarawak dan Sabah, sehingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan lebat dijangka berlaku di Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

“Amaran sama turut dikeluarkan di Sabah membabitkan kawasan pedalaman di Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan, Pantai Barat serta Labuan, hari ini.

“Hujan lebat juga dijangka berterusan di negeri Sabah membabitkan kawasan Sandakan (Telupid dan Sandakan) dan Beluran serta Kudat sehingga hari ini,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top