Sabah Dijangka Terima Lebih RM200 Juta Bagi Pengurusan Bencana

nizam.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah menjangkakan menerima lebih RM200 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi pengurusan bencana di negeri ini.

Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata Kerajaan Negeri telah mengemukakan permintaan peruntukan untuk pengurusan bencana di negeri ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara pada awal minggu ini.

Permintaan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM147 juta untuk baik pulih infrastruktur yang rosak akibat banjir manakala sebanyak RM83 juta lagi untuk pengurusan bencana Covid-19.

Jumlah RM18 juta yang disampaikan Perdana Menteri baru-baru ini adalah untuk penggunaan segera pengurusan bencana termasuk Covid-19.

Sebelum ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah menerima RM8 juta untuk bantuan bencana.

“Ahli Parlimen Kota Kinabalu perlu memeriksa fakta sebenar sebelum membuat sebarang kenyataan dengan niat tidak baik demi kepentingan politiknya,” katanya menerusi satu kenyataannya di sini hari ini.

Katanya, Perdana Menteri dalam lawatannya ke Sabah baru-baru ini juga memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan memberi lebih banyak bantuan kepada Sabah. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top