Sabah Di Bawah PKPB Mulai 19 Feb: ‘Dine-in’ Ikut Keluasan Meja, Kenduri-Kendara Dengan Had 50% Dibenarkan

dine-in.jpg
Kongsi Bersama

‘Dine-in’ di kedai makan dibenarkan mengikut keluasan meja dengan penjarakan fizikal 1 meter, kapasiti penumpang mengikut jumlah tempat duduk kenderaan, dan SPA dan Pusat Refleksologi turut dibenarkan.

Itu antara aktiviti-aktiviti yang dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Keselamatan Bersyarat (PKPB) yang melibatkan Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Putrajaya dan Labuan mulai 19 Februari ini selepas berakhirnya PKP 2.0 di negeri-negeri berkenaan pada hari sebelumnya.

Selain itu di negeri-negeri yang dikenakan PKPB, majlis perkahwinan, pertunangan, akad nikah, kenduri kendara, akikah, doa selamat, tahlil, dan sambutan ulang tahun dibenarkan tetapi dengan syarat. Ada SOP iaitu dengan had kehadiran 50% kapasiti tempat.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri  Kanan (Keselamatan)Datuk Seri  Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya pada Isnin.

“Operasi sektor ekonomi dilanjutkan dari 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam dan mesyuarat/MICE/bengkel/seminar secara bersemuka dibenarkan dengan had 50% kapasiti premis,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, secara keseluruhan aktiviti-aktiviti bawah PKPB dan PKPP sama dengan aktiviti  yang dibenarkan dan tidak dibenarkan sewaktu PKPB dan PKPP 1.0 sebelum ini.

Katanya, ini juga termasuk SOP bagi kedua-duanya.

Dalam pengumuman itu Ismail Sabri memaklumkan PKP di Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Kuala Lumpur yang dijadualkan berakhir pada 18 Feb akan dilanjutkan sehingga 4 Mac.

Beliau berkata Perlis satu-satunya negeri bawah PKP Pemulihan.

“Bagi Sarawak kerajaan negeri telah umumkan pelanjutan PKPB di seluruh Sarawak bermula 15 Feb hingga 1 Mac,” katanya pada sidang medianya.

Beliau juga berkata kerajaan memutuskan untuk membatalkan arahan larangan pergerakan dalam 10km bagi semua kawasan bawah perintah kawalan pergerakan (PKP), PKP bersyarat (PKPB), dan PKP pemulihan (PKPP).

Menurutnya, larangan itu tidak relevan lagi disebabkan banyak aktiviti perniagaan dan restoran dibenarkan.

Bagaimanapun, larangan merentas negeri dan daerah bagi semua negeri masih dikekalkan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top