Sabah Catat 446 Kes Baharu

covid-update.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 446 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 44 kes berbanding semalam (490).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tidak ada kluster baharu hari ini tetapi 23 kes datang daripada tujuh kluster yang aktif.

Katanya, jumlah daerah yang mencatat kes baharu dua angka kekal 11 dengan beberapa daerah merekodkan angka yang tinggi.

“Kota Kinabalu kembali menjadi penyumbang utama kes baharu di Sabah dengan 87 kes, bertambah 26 kes daripada jumlah semalam.

“Antara daerah-daerah lain yang mencatat kes baharu yang tinggi ialah Sandakan dengan 67 kes (-74), Tuaran 49 (-1), Penampang 45 (-9), Tawau 42 (+16), Papar 29 (+15) dan Ranau 23 (+5),” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Sebanyak 440 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, empat kes dalam Kategori 3 dan dua kes dalam Kategori 4. Tidak ada pesakit dalam Kategori 5.

Jumlah kes mengikut daerah:

Kota Kinabalu 87 (61)

Sandakan 67 (141)

Tuaran 49 (50)

Penampang 45 (54)

Tawau 42 (26)

Papar 29 (14)

Ranau 23 (18)

Lahad Datu 18 (19)

Beaufort 17 (18)

Putatan 15 (18)

Kota Belud 11 (17)

Kinabatangan 7 (5)

Kota Marudu 7 (12)

Kudat 6 (6)

Semporna 5(4)

Keningau 5 (4)

Tambunan 4 (1)

Telupid 3 (6)

Kunak 3 (3)

Kuala Penyu 1 (5)

Beluran 1 (0)

Tenom 1 (3)

Nabawan 0 (1)

Sipitang 0 (0)

Pitas 0 (4)

Tongod 0 (0)

Kalabakan 0 (0)

(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin – 01/02)

Kluster Baharu

Tiada

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top