Sabah Capai Sasaran Kemasukan 1.5 Pelancong Tahun Lalu- Christina

christina.jpg

Christina menyampaikan sijil perkhidmatan cemerlang kepada kakitanganya.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan kehadiran lebih 1.5 juta pelancong melawat ke negeri ini berdasarkan statistik setakat November tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, jumlah tersebut mencapai melebihi 1 juta sasaran pelancong ditetapkan Kerajaan Negeri Sabah.

Katanya, pencapaian ini adalah hasil komitmen serta kesungguhan Sabah Tourism Board (STB) dalam melaksanakan Strategic Tourism dan (Promotion Marketing Plan Post-Pandemic).

Bagi mencapai lagi hasrat itu kementerian akan menyertai lawatan kerja ke Jilin China dimana pertemuan bersama Jilin Department of Culture and Tourism di China.

Ini bertujuan bagi membincangkan pembukaan laluan penerbangan baharu di antara bandar Kota Kinabalu dan bandar Jilin dan untuk mengenalpasti “Cross Promotion” di antara dua bandar (MM2H),” katanya di sini kelmarin.

Christina berkata, lawatan ini bertujuan untuk mengadakan kerjasama Pelancongan dan Pelaburan antara Wilayah Jilin, China dengan kerajaan negeri Sabah.

Selain itu, ini merupakan persediaan bagi satu perjanjian persefahaman (MoU) Tourism, Infrastructure, Agriculture, Education dan Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) dijangka dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor.

Kita yakin melalui usaha ini dapat mengembangkan lagi sektor pelancongan serta lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini,” katanya. – SNT

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top