Sabah Boleh Capai 60 Peratus Vaksinasi Pada September – KM

hajiji-2.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, Kerajaan Negeri akan menerima sebanyak 560,720 dos vaksin termasuk CanSino, selain Pfizer dan Sinovac, pada minggu depan.

Katanya, ini akan merancakkan lagi momentum Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) terutama di kawasan pedalaman.

“Jika semuanya berjalan lancar, Sabah boleh mencapai 60 peratus rakyatnya menerima vaksinasi pada atau sebelum 15 September ini sekali gus membolehkan kita beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Amat menggembirakan apabila beberapa hari lalu juga, kita telah mencapai angka tertinggi vaksinasi harian melebihi 60,000 dos.

“Jika keadaan seperti ini berterusan, kita boleh mencapai imuniti kelompok sekurang-kurangnya pada bulan Oktober atau November,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Sri Sulaman di sini pada Sabtu.

Beliau menambah jika melihat kepada pengurusan vaksinasi yang teratur ini, Sabah akan mencapai sasaran ini 60 peratus awal.

Sebelum ini Kerajaan Negeri menyasarkan 60 peratus penduduk negeri ini mendapat vaksin menjelang bulan Oktober.

Setakat ini, jumlah keseluruhan penerima dos 1 adalah seramai 1,428,122.

 

FOTO: FB Hajiji Haji Noor


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top