Sabah berpotensi menjadi hab pengeluaran makanan haiwan terkemuka – Dr Jeffrey

Dr-Jeffrey-2.jpg

Kredit foto: FB Jeffrey G. Kitingan Page

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dianggarkan dua pertiga pemilik haiwan peliharaan Malaysia membelanjakan lebih RM200 setiap bulan untuk haiwan peliharaan mereka, kata Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Timbalan Ketua Menteri 1 yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah itu berkata kajian menunjukkan trend yang semakin meningkat dalam pemilikan haiwan peliharaan dengan rakyat Malaysia melabur secara besar-besaran untuk kesejahteraan haiwan peliharaan mereka.

“Peningkatan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan berkaitan haiwan peliharaan menunjukkan daya tahan dan potensi pertumbuhan dalam industri haiwan peliharaan,” katanya dalam ucapannya pada majlis pelancaran Pet Kingdom Expo di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini kelmarin.

Kitingan berkata beliau melihatnya sebagai peluang unik untuk Sabah dalam pasaran yang semakin berkembang ini.

Beliau berkata Sabah akan dapat menghasilkan makanan haiwan yang berkualiti tinggi dan berkhasiat, berkat sumber semula jadinya dalam pertanian dan perikanan.

“Dengan memanfaatkan sektor ini, kita boleh mengurangkan kos makanan haiwan, menjadikan pemilikan haiwan lebih mampu milik di Sabah,” kata Kitingan, sambil menambah Sabah boleh berusaha ke arah menjadi hab terkemuka bagi pengeluaran makanan haiwan di rantau ini.

Tambah beliau, adalah sangat menarik untuk meneroka perkongsian dan strategi untuk mencapai matlamat ini.

Kira-kira 80 pempamer mempamerkan produk dan perkhidmatan terbaharu mereka kepada orang ramai di ekspo selama tiga hari, yang berakhir hari ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top