Sabah Beri Kelulusan Sepenuhnya Operasi Agensi Media Semasa PKP

masidi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memberi kelulusan sepenuhnya kepada semua agensi media massa untuk beroperasi dari semasa ke semasa mengikut keperluan masing-masing.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini kerana peranan media massa penting dalam membantu kerajaan menyampai serta menyebarluaskan maklumat sahih dan terkini kepada rakyat jelata.

“Kelulusan ini diberikan dengan mewajibkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, pada Selasa.

Mengenai sektor perniagaan Masidi berkata, tiada sebarang perubahan ke atas mana-mana SOP yang telah diumumkan pada 31 Mei buat masa ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top