Sabah Benarkan Sektor Pertanian Tertentu Beroperasi Sepanjang PKPB

koko-1.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini memutuskan untuk membenarkan beberapa sektor pertanian di negeri ini, beroperasi sepanjang perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, antaranya ialah sektor perladangan koko, getah dan kelapa sawit, dengan mengikut tatacara operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Antara SOP yang perlu dipatuhi majikan adalah menyediakan protokol di tempat kerja yang meliputi pengawasan penyakit dan pencegahan jangkitan, mengikut standard yang ditetap oleh KKM bagi mencegah penularan Covid-19.

“Majikan juga perlu memastikan maklumat mengenai tahap kesihatan pekerja direkodkan dan disimpan oleh majikan atau pemilik ladang,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, setakat hari ini sebanyak 102,730 bantuan bakul makanan diagihkan kepada golongan sasar di seluruh Sabah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top