Sabah Benarkan Rentas Daerah Mulai Esok

masidi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah akan membenarkan pergerakan diantara daerah bermula pada 17 Mei 2021 (Isnin) tetapi berdasarkan zon yang ditetapkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan kelonggaran itu diberikan dengan daerah-daerah dibahagikan kepada enam zon.

Zon 1 terdiri daripada daerah Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar.  Zon 2 ( Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang), Zon 3 (Kudat, Kota Marudu dan Pitas).

Zon 4 (Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Tongod), Zon 5 (Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan) manakala, Zon 6 (Keningau, Tambunan dan Tenom).

Dengan keputusan itu, mereka yang tinggal dalam zon berkenaan adalah bebas  untuk merentasi daerah di dalam zon itu sahaja.

Bagaimanapun, orang ramai masih diwajibkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan seperti mana pengumuman Perdana Menteri ketika melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sehingga 7 Jun depan.

Perjumpaan sosial seperti majlis keramaian, perkahwinan, pertunangan, seminar, mesyuarat serta banyak lagi masih dilarang. Bagaimanapun permit khas boleh dipohon dari pihak berkuasa untuk pertimbangan.

Sekolah dan institusi pengajian tinggi serta swasta tidak dibenarkan beroperasi dan kelas perlu dilaksanakan secara atas talian.

Pembahagian Zon Daerah:

Zon 1: Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar.

Zon 2: Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang.

Zon 3: Kudat, Kota Marudu dan Pitas.

Zon 4: Sandakan, Beluran, Telupid, Kinabatangan dan Tongod.

Zon 5: Tawau, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Kalabakan.

Zon 6: Keningau, Tambunan,Tenom dan Nabawan.

Mereka yang tinggal di kawasan mengikut zon yang telah ditetapkan boleh melakukan perjalanan rentas daerah.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top