Sabah Benarkan Remaja 12-17 Tahun Terima Vaksin Bermula Esok

vaksinasi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membenarkan pemberian vaksin COVID-19 kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula hari ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu diputuskan selepas mengadakan perbincangan pada mesyuarat Kabinet negeri pada Rabu.

“Ini juga sejajar dengan pendirian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan seberapa ramai remaja dalam kumpulan berisiko tinggi untuk diberi vaksin.

“Selain itu ini juga adalah sebahagian langkah menjelang pembukaan semula sekolah mulai 3 Oktober depan,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top