Sabah Benarkan Rekreasi Laut Dan Sungai Mulai Hari Ini

scuba.jpg

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membenarkan aktiviti rekreasi laut dan sungai seperti selam skuba, selam snorkel dan memancing mengikut prosedur operasi standard (SOP) termasuk dengan kapasiti 50% berkuat kuasa mulai hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata ia pindaan SOP yang dibuat bersesuaian dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri ini.

“Muatan penumpang bagi bot laju terbuka dan tertutup yang membawa individu untuk aktiviti rekreasi laut dan sungai juga dibenarkan mengikut kapasiti tertakluk kepada penjarakan fizikal satu meter antara penumpang,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top