Sabah Benarkan Operasi Perniagaan Dilanjut Sehingga 10 Malam

restoran-pak-mus.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri membenarkan beberapa premis perniagaan beroperasi sehingga 10 malam bermula esok.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuklah kedai runcit, kedai serbaneka, pasaraya mini dan pasaraya (hypermarket).

“Selain itu, kompleks membeli belah dimana hanya sub sektor yang telah dibenarkan beroperasi sahaja dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam.

“Namun bagi stesen minyak termasuk kedai serbaneka di stesen minyak adalah dibenarkan beroperasi bermula dari jam 5 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, pengusaha restoran termasuk di hotel, rumah kelab sukan dan rekreasi, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk turut dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, orang ramai diingatkan untuk terus mematuhi prosedur standard operasi (SOP) dan mengamalkan penjarakan sosial ketika dalam pandemik COVID-19.

Katanya, dalam pada itu, individu yang bergejala, berisiko atau merupakan kontak rapat perlu menjalani saringan terutama bagi individu yang mempunyai ahli keluarga yang berisiko seperti warga emas, penyakit kronik dan komorbiditi serta kanak-kanak di bawah 12 tahun yang belum layak vaksin.

“Langkah-langkah ini amat perlu bagi membendung penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat,” katanya.

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top