Sabah Benarkan Makan Di Restoran, Aktiviti Sukan Tak Bersentuh Mulai Esok

restoran-pak-mus.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membenarkan orang ramai makan di restoran, manakala kedai gunting rambut dan gerai tepi jalan yang menjual barang keperluan seperti sayur, buah-buahan serta ikan boleh beroperasi semula mulai esok susulan pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal juga dibenarkan.

“Aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada getah, simen dan cat, kilang berasaskan kayu serta perabot,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebahagian besar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 di Sabah dikekalkan dengan butirannya akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top