Sabah Benarkan Aktiviti Sukan, Rekreasi Air

scuba.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi air tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sabah yang kini berada dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) memberi kebenaran berkenaan dengan syarat individu berkenaan sudah memperoleh vaksinasi lengkap dan pematuhan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya dua hingga tiga meter.

Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kebenaran untuk rekreasi air termasuk renang, ‘snorkeling’, berkayak, ‘jet skiing’, ‘sea walking’ dan ‘scuba diving’.

Mengulas lanjut, Masidi turut memperincikan semua aktiviti sukan dan rekreasi secara individu yang tidak bersentuhan fizikal seperti jogging, senaman, taichi, memancing, berbasikal, ekuestrian, memanah dan sebagainya di kawasan terbuka turut dibenarkan.

Aktiviti sukan dan rekreasi terbabit tidak dibenarkan untuk tujuan pertandingan melainkan hanya tertakluk untuk tujuan kesihatan, kecergasan serta kemahiran kendiri sahaja dengan mematuhi penjarakan fizikal.

Bagaimanapun, Masidi berkata, aktiviti mendaki bukit dan berkelah adalah tidak dibenarkan.

Sementara itu, Sabah semalam kekal merekodkan kes jangkitan COVID-19 empat angka iaitu 2,404 kes menjadikan jumlah kumulatif 155,006 kes.

“Sebanyak 35 kes kematian dilaporkan iaitu 17 kes di Tawau, lima kes di Sandakan, tiga kes di Kota Kinabalu, Kalabakan dan Beaufort mencatatkan dua kes manakala Kinabatangan, Semporna, Kota Marudu, Keningau, Penampang dan Papar masing-masing satu kes,” katanya.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top