Sabah Benar Pemilik Restoran Letak Meja Di Kaki Lima Bermula Hari Ini

restoran-kaki-lima.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah membenarkan pemilik premis restoran untuk meletakkan meja di ruang legar atau kaki lima ketika waktu operasi sepanjang pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kebenaran itu tertakluk kepada syarat yang ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selain prosedur standard operasi (SOP) yang sedang dikuatkuasakan.

“Keputusan ini dilaksanakan selepas Sabah telah mencapai nilai ambang vaksinasi penuh melebihi 40 peratus populasi dewasanya pada 31 Ogos 2021 iaitu semalam.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri memutuskan untuk membenarkan premis-premis restoran memasang meja di ruang legar atau kaki lima restoran berkuatkuasa mulai esok iaitu 2 September,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top