Sabah benam Hai Phong, rampas takhta kumpulan H

Sabah-vs-hai-pong.jpg

Gambar hiasan: Pemain-pemain Sabah FC meraikan jaringan gol dalam satu perlawanan November lalu. (Kredit foto: Bernama)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah FC merampas kedudukan pendahulu kumpulan H selepas menewaskan Hai Phong FC dari Vietnam, 4-1 pada aksi keempat peringkat kumpulan saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Likas, di sini malam tadi.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee bermula cemerlang apabila membuka tirai jaringan menerusi rembatan jarak dekat Daniel Ting pada minit ke-19.

Kegembiraan penyokong tuan rumah berterusan apabila giliran Darren Lok meletakkan Sang Badak mendahului 2-0 selepas menanduk masuk sepakan percuma Saddil Ramdani pada minit ke-33 dan kedudukan itu kekal sehingga waktu rehat.

Sabah terus mengganas apabila menyumbat gol ketiga menerusi rembatan kencang Gabriel Peres pada minit ke-70 sebelum Hai Phong memperoleh gol sagu hati pada minit ke-84 hasil penyudah Yuri Souza gagal diselamatkan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Sabah melengkapkan kemenangan 4-1 menerusi jaringan Jafri Firdaus Chew pada masa kecederaan sekali gus menghuni tangga teratas kumpulan H dengan sembilan mata selepas empat perlawanan.

Hai Phong dan kelab Indonesia PSM Makassar berkongsi kedudukan kedua dengan enam mata, manakala wakil Singapura Hougang United FC di tempat tercorot dengan tiga mata.

Sabah akan berdepan Hougang United pada 30 Nov ini sebelum bertemu PSM Makassar pada aksi terakhir kumpulan bulan depan.
— BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top