Sabah Bawa Balk Satu Mata Dari Alor Setar

sabah-fc-vs-kedah.jpg

Ngah Wanja menjaringkan gol buat KDA FC sebelum disamakan kedudukan 1-1 oleh Sabah di penghujung perlawanan Liga Super 2022 di Stadium Darul Aman pada Rabu. - Foto KDA FC

Kongsi Bersama

ALOR SETAR: Sabah FC gagal mengutip mata penuh dan terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila sekadar seri 1-1 pada aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman malam tadi.

Kedah membuka tirai jaringan menerusi tandukan penyerang import Ronald Ngah seawal minit keenam, menewaskan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat.

Sabah cuba bangkit menerusi percubaan Gary Steven Robat pada minit ke-21, namun percubaannya melepasi palang gol.

Pemain Sabah Taiki Kagayama hampir menyamakan kedudukan lima minit kemudian, namun percubaannya berjaya ditepis penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal.

Mahmoud Al-Mardi memperoleh peluang keemasan pada minit ke-34 dalam kotak penalti selepas mendapat hantaran silang daripada kapten Kedah, Syazwan Zainon, namun percubaannya pula tersasar ke bahagian kiri gawang Sabah.

Bermula babak kedua, Sabah terus menekan tuan rumah menerusi kapten pasukan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-64, tetapi percubaannya dinafikan Ifwat.

Pada minit ke-83, Sabah akhirnya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Farhan Roslan yang mendapat hantaran daripada Saddil Ramdani.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top