Sabah Alu-alukan Cadangan Hubungan Perdagangan Dengan Turki

hajiji-turki.jpg

Kavakci menyampaikan cenderahati kepada Hajiji selepas mesyuarat di Menara Kinabalu pada Isnin.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengalu-alukan minat yang ditunjukkan oleh Kerajaan Turki untuk menjalin hubungan perdagangan secara langsung dengan Sabah.

“Kami mengalu-alukan idea itu dan Kerajaan Sabah akan melakukan yang terbaik untuk memudahkan pelaburan dari Turki,” katanya ketika bertemu Duta Besar Turki ke Malaysia Dr. Merve Safa Kavakci di Menara Kinabalu di sini pada Isnin.

Kavakci sebelum itu memberitahu Hajiji bahawa mereka melihat Sabah bukan sahaja sebagai salah satu negeri di Malaysia tetapi sebagai pintu masuk ke rantau Asean.

Menurutnya, sekumpulan ahli perniagaan dari Turki akan datang ke Kuala Lumpur bulan depan, dan ada antara mereka akan datang ke Sabah untuk mencari peluang pelaburan.

Kavakci berkata, sebagai tambahan kepada inisiatif perdagangan dan pendidikan, beliau berhasrat untuk mempromosikan tarikan pelancongan Sabah bukan sahaja di Turki tetapi juga negara jiran yang mempunyai hubungan dengan Turki.

Rombongan Duta Besar termasuk Kaunselor Perdagangannya, Elif Haliloglu Gungunes, Kaunselor Hal Ehwal Pelancongan dan Maklumat, Begum Sahin, Kaunselor Akhbar, Zeynep Havva Rafique dan Pengarah Institut Kebudayaan Turki Yunus Emre, Dr. Omer Altun.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untung, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah, Datuk Madiyem Layapan dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jamine Teo turut menghadiri mesyuarat itu.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top