Sabah Akan Sesuaikan SOP Terkini Ikut Keperluan Tempatan

masidi.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah menyambut baik pengumuman Menteri Kesihatan semalam bahawa beberapa peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) akan dilonggarkan atau ditarik-balik mulai 1 Mei.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ini khususnya kelonggaran yang akan memudahkan kemasukan pelancong-pelancong asing serta langkah-langkah yang akan mempercepatkan pemulihan ekonomi.

“Walau bagaimanapun, sekiranya perlu dan bilamana perlu Kerajaan Negeri akan membuat penyesuaian kepada SOP tersebut dengan mengambilkira keperluan dan keadaan tempatan.

“Pertimbangan utama kita ialah mengekalkan momentum pemulihan bagi membolehkan negeri ini beralih ke fasa endemik dengan lebih cepat,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah, hari ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top