Sabah akan kenakan Cukai Jualan Eksport Biojisim Negeri – Hajiji

hajiji-5.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kabinet Sabah semalam memutuskan untuk mengenakan Cukai Jualan Eksport Biojisim Negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata cukai itu akan dikenakan bergantung kepada pelaksanaan Dasar Industri Biojisim Kelapa Sawit bagi mengawal eksport biojisim yang juga diluluskan oleh Kabinet Sabah, semalam.

Hajiji berkata dasar itu akan dikuatkuasakan dalam tempoh dua tahun dari tarikh kelulusannya selepas Platform Pengumpulan Biojisim Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Sabah beroperasi sepenuhnya dan di bawah penyeliaan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan.

“Satu Undang-undang Biojisim Minyak Sawit Sabah juga akan digubal untuk mengawal industri itu,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet Jabatan Ketua Menteri Sabah di Menara Kinabalu di sini.

Ketua Menteri juga memberitahu ketua-ketua jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri bahawa Kabinet Negeri telah mengambil maklum kajian semula pengurusan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top