Sabah Akan Beli Vaksin Sendiri Atasi Kemungkinan Berlaku Gangguan Bekalan

vaksin-2.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memutuskan untuk membeli vaksin sendiri sebagai persediaan sekiranya berlaku gangguan bekalan vaksin di Sabah.

Menteri Kerajaaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, ini adalah sebagai persediaan kepada sebarang kemungkinan gangguan bekalan vaksin yang boleh mejejas usaha negeri untuk mencapai imuniti kelompok.

Katanya, Kabinet Negeri mengambil maklum bahawa mengikut sumber-sumber yang sahih ada kemungkinan bekalan vaksin Pfizer akan mengalami gangguan pengeluaran yang memberi impak kepada negara-negara yang menggunakan vaksin tersebut. Malaysia juga tidak terkecuali daripada kesan gangguan pengeluaran ini.

“Kabinet Negeri juga dimaklumkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri bahawa setakat ini, bekalan vaksin yang dihantar ke Sabah adalah cukup.

“Mengikut perancangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan makluman dpd CITF (Covid-19 Immunisation Task Force) Kebangsaan, Sabah akan menerima 1.5 juta dos vaksin pada bulan Ogos ini. Bekalan tersebut sudahpun mula diterima sejak minggu lalu,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Kabinet Negeri Sabah yang bermesyuarat semalam telah diberi taklimat mengenai kedudukan semasa pandemik Covid di negeri ini oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Rose Nani Mudin.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top