Sabah Akan Bangunkan Aplikasi Pantau Majlis Perkahwinan, Keramaian

majlis-kahwin.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan membangunkan aplikasi yang membolehkan orang ramai mendaftar seterusnya memaklumkan kerajaan negeri tentang sebarang majlis yang mereka rancang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peningkatan angka jangkitan Covid-19 di Sabah berpunca daripada majlis keramaian seperti perkahwinan dan majlis kenduri.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri akan membangunkan aplikasi dalam masa terdekat sebagai saluran buat orang ramai untuk mendaftarkan sebarang majlis sebagai makluman awal kepada kerajaan,” kata beliau dalam kenyataan.

Ini susulan peningkatan angka kes indeks kluster di Tawau yang didapati berpunca daripada penganjuran majlis resepsi perkahwinan.

Tawau dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) mulai hari ini hingga 16 April.

Sementara itu, Masidi berkata, orang ramai yang pernah berkunjung ke premis Courts Malaysia di Kubota Sentral, Tawau, antara 22 Mac dan semalam (3 April) diminta menjalani saringan Covid-19 di klinik kesihatan awam berdekatan.

Jalan Kubota Sentral dan Simpang Tiga Merotai di Tawau adalah lokasi antara tujuh kluster baharu di seluruh negara seperti yang diumumkan semalam.

Sabah merekodkan 73 kes jangkitan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah jangkitan kepada 54,989 dan daripada jumlah itu, 483 adalah kes aktif.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top