KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Niat (Memorandum of Intent (MoI)) di antara Sabah Air Aviation Sdn.Bhd dan Pos Aviation Sdn.Bhd untuk membangun Projek Operasi Terminal Kargo Berintergrasi Penuh yang pertama di Borneo di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.
Sabah Air diwakili oleh Pengerusinya, Kenny Chua dan Pos Aviation diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer.
Hajiji berharap, kerjasama kedua-kedua pihak untuk mewujudkan Terminal Operasi Kargo (CTO) yang pertama di Borneo, di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) akan membantu merancakkan lagi aktiviti dan menjana ekonomi negeri Sabah.
CTO yang berintergrasi penuh itu akan menjadi pusat perkhidmatan logistik berteknologi tinggi untuk mengendalikan pelbagai jenis kargo termasuk e-dagang apabila beroperasi penuh nanti.
Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Haji Rusdin Riman dan GCEO Sabah Air, Rodney Linus. – Warta Oriental