RUU Berkaitan MA63: Cari Kata Sepakat, Ketepikan Sentimen Politik – SSK

ssk.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Semua perhatian kini tertumpu pada persidangan Parlimen hari Selasa ini (esok) apabila kerajaan Persekutuan membentangkan RUU untuk mengembalikan Sabah dan Sarawak ke kedudukan yang setaraf dengan Semenanjung Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen, di seluruh negara, khususnya dari Sabah dan Sarawak sedang tidak sabar menunggu masa untuk menyertai perbahasan menyokong RUU bagi meminda Perlembagaan Persekutuan supaya selaras dengan peruntukan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Walaupun pembacaan Rang Undang-Undang kedua telah dijadualkan semula ke tarikh yang lain dan tidak pada 28 Oktober seperti yang dijadualkan pada awalnya, ia tidak mengubah hakikat bahawa pembentangan Rang Undang-Undang itu adalah permulaan yang baik oleh kerajaan Persekutuan dalam mendengar dan mempertimbangkan tuntutan kedua-dua negeri Borneo, yang merupakan sebahagian daripada Keluarga Malaysia.

Dalam mengalu-alukan pindaan yang dicadangkan itu, mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak (SSK) berkata rang undang-undang baharu itu berkemungkinan akan membentuk semula landskap Persekutuan Malaysia.

“Kami dengan sabar menunggu perubahan progresif yang akan memperkasakan hak Sabah dan Sarawak.

“Harapan kami adalah agar para pemimpin kita mencapai kata sepakat dan mengetepikan sentimen politik mengenai perkara ini,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.

Salleh, yang juga Pengerusi Backbencher Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berpendapat bahawa perubahan itu sangat penting untuk menentukan arah negeri di Malaysia sebagai rakan setaraf.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top