Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia: Korban Sebenar 125, Cedera 323

rusuh-bola.jpg
Kongsi Bersama

POLIS Indonesia malam tadi menjelaskan semakan semula jumlah mangsa tragedi yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, di Malang, Jawa Timur, mendapati angka sebenar korban ialah 125 orang.

Jurucakap pasukan itu berkata, perbezaan jumlah mangsa yang dilaporkan sebelum ini disebabkan kesilapan dalam rekod kematian di 10 hospital yang mengendalikan mangsa, lapor Bernama.

Sementara itu, Kompas.com melaporkan, berdasarkan maklumat yang dikemas kini malam tadi, polis mengesahkan seramai 323 orang lagi cedera dalam kejadian berkenaan.

Menurut laporan berkenaan, pihak berkuasa sudah mengenal pasti identiti semua mangsa yang terbabit.

Rusuhan perlawanan bola sepak Stadium Kanjuruhan: Kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia

Sebelum ini beberapa media tempatan dan antarabangsa melaporkan angka korban yang berbeza iaitu antara 125 hingga 174 orang dengan memetik sumber yang sahih.

Terdahulu, Ketua Polis Jawa Timur, Inspektor Jeneral Nico Afinta dilapor berkata, kejadian pada Sabtu malam tercetus apabila penyokong Arema meluru ke dalam padang selepas pasukan mereka tewas 2-3 kepada Persebaya Surabaya.

Keadaan itu menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi meredakan ketegangan.

Insiden itu disifatkan sebagai salah satu bencana terburuk dalam arena bola sepak dunia selepas di Peru yang mengorbankan 300 individu dalam kejadian lebih 50 tahun lalu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top