Rumah terbuka Krismas dan Tahun Baharu 2024 Ranau meriah

open-house-krismas-ranau.jpg
Kongsi Bersama

RANAU: Lebih seribu tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Krismas 2023 dan Tahun Baharu 2024 daerah Ranau.

Dalam majlis itu, sebanyak tujuh buah gereja di sekitar daerah Ranau dan Rumah Anak Yatim Asnaf telah menerima sumbangan.

Majlis dianjurkan bersama oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir dan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Turut hadir Menteri Kewangan merangkap ADUN Karanaan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, ADUN Telupid Datuk Jonnybone J. Kurum, ADUN Dilantik Datuk Amisah Yassin, Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Dr. Jamili Nais serta tetamu kehormat yang lain. – PENERANGAN GAGASAN RAKYAT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top