Rumah Panjang Ke-29 Untuk 24 Keluarga Di Matunggong

rumah-panjang-matunggong.jpg

Ongkili melakukan majlis pecah tanah Rumah Panjang Blok 2 Toporoi di Matunggong, Jumaat.

Kongsi Bersama

MATUNGGONG: Dua puluh empat keluarga bakal memiliki ruang sendiri apabila rumah panjang ke-29 dibina di Kampung Toporoi di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata Blok 2 Rumah Panjang Toporoi dibina dengan reka bentuk moden termasuk tiga bilik tidur dan tandas bersambung.

Bercakap semasa majlis pecah tanah projek itu pada Jumaat, Ongkili berkata ini adalah dana terbesar yang diperuntukkan untuk pembinaan rumah panjang.

“Sebanyak RM3.2 juta diperuntukkan untuk rumah panjang 24 pintu itu, yang akan mula dibina tidak lama lagi dan dijangka siap April tahun depan,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Kota Marudu itu, selain rumah panjang, Projek Perumahan Termiskin (PPRT) juga dibina untuk keluarga berpendapatan rendah.

“Kami mempunyai 450 rumah PPRT di bawah Program Agropolitan di Gana, di mana 100 rumah akan diserahkan kepada penerima dalam tempoh tiga bulan akan datang,” katanya.

Tambah Ongkili, sebagai sebahagian daripada program pembasmian kemiskinan, penduduk tempatan di sini digalakkan mengambil bahagian dalam sektor pertanian bagi menambah pendapatan.

Ujarnya, selain menanam kelapa dan mengusahakan sarang burung walit, mereka yang mengusahakan penanaman padi bukit juga perlu menimbangkan kemungkinan menanam jagung di antara musim, khususnya sebagai bijirin makanan.

“Kedua-dua kementerian pertanian Persekutuan dan Negeri memberi tumpuan dalam menggesa petani kecil untuk mengambil bahagian dalam pengeluaran bijirin makanan haiwan memandangkan keperluan mendesak produk itu,” katanya.

Tetapi, beliau menegaskan bahawa petani harus menghadiri seminar dan kursus untuk mendapatkan maklumat terkini tentang kaedah pertanian terkini.

 

Sumber: The Borneo Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top