Rumah Ngeh Koo Ham dibaling molotov cocktail, DAP kutuk serangan ganas

rumah-ngeh.jpg

Kredit foto: DAP Perak

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Parti DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas mengancam keselamatan nyawa pemimpinnya, Datuk Ngeh Koo Ham dengan membaling ‘molotov cocktail’ di kediaman Ahli Parlimen Beruas itu pagi tadi.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, apa sahaja bentuk unsur keganasan tidak boleh diterima sekali dalam menangani perbezaan dalam masyarakat kita.

Datuk Ngeh Koo Ham

DAP juga, tegas beliau, menyeru Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengambil perhatian serius dalam kejadian ini dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga.

“Saya mewakili seluruh pimpinan DAP berasa simpati dan bersolidariti dengan keluarga beliau dalam kejadian keganasan tersebut,” kata Anthony dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Menurut Anthony, awal pagi tadi, kediaman Koo Ham diserang dengan ‘molotov cocktail’ sehingga menyebabkan kebakaran yang memusnahkan salah sebuah keretanya.

Susulan kejadian itu, katanya, pihak bomba berkejar dan sempat memadamkan api dan mengelak kebakaran tersebut merebak ke dalam bangunan kediamannya.

“Laporan polis telah dibuat dan kami yakin pihak polis akan bertindak tegas dan cepat untuk menyiasat dan menangkap pihak yang bertanggungjawab dalam jenayah tersebut,” ujar Anthony dalam kenyataan itu lagi.

‘Molotov cocktail’ atau bom petrol merupakan bekas kecil berisi minyak petrol serta sering digunakan dalam rusuhan. – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top