Bomba
TENOM: Sebuah rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran di Kampung Uloi, di sini, pagi tadi.
Turut terbakar dua buah kenderaan, iaitu sebuah Proton Wira yang terbakar 30 peratus dan sebuah lori Daihatsu yang terbakar 10 peratus.
Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sabah, sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PPgB Mohd Zainal Sinsian daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 4.21 pagi.
Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan sumber air dari jentera.
Api dapat dikawal l pada jam 4.:4 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 6.03 pagi. – Warta Oriental