Rumah Ibadat Bukan-Islam Dibenar Beroperasi Mulai Hari Ini, Tertakluk SOP

masidi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Rumah-rumah ibadat bukan-Islam boleh dibuka kepada individu-individu lengkap vaksin tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri, bermula hari ini.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, rumah-rumah ibadat bukan-Islam dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam, pada kapasiti 30 peratus ruang bangunan.

“Hanya ahli jawatankuasa pengurusan dan jemaah yang sudah lengkap vaksin dibenarkan untuk memasuki rumah ibadah,” kata Masidi dalam satu kenyataan, Ahad, tambahnya mereka yang belum melengkapkan vaksinasi tidak dibenarkan masuk.

Masidi berkata jemaah mesti membawa peralatan sembahyang sendiri, sementara jawatankuasa pengurusan dikehendaki menjalankan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi di premis itu sebelum mana-mana sesi agama.

Beliau berkata pemberkatan perkahwinan juga dibenarkan tidak lebih dua jam antara jam 6 pagi dan 8 malam. Syarat kapasiti 30 peratus terpakai, sementara makanan atau minuman ringan mesti dihidang untuk dibawa balik.

SOP mandatori terpakai dalam semua majlis, seperti memakai pelitup muka, pemeriksaan suhu badan, penjarakan fizikal dan merekod butiran pada MySejahtera/Sabah Trace atau buku log semasa masuk, antara lain.

Masidi berkata kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan untuk berada di rumah ibadat.

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top