Ruddy Nafi Dakwaan Tinggalkan GRS, Tetap Sokong Penuh Kepimpinan Hajiji

Ruddy-Awah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang lagi ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menafikan dakwaan akan meninggalkan gabungan berkenaan untuk menyertai parti Warisan.

ADUN Pitas, Datuk Ruddy Awah berkata, beliau masih teguh bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan GRS.

Katanya, dakwaan yang tular itu langsung tiada asasnya kerana beliau tidak pernah berhubung dengan sesiapa sejak beberapa hari kebelakangan.

Pembantu menteri sains, teknologi dan inovasi Sabah itu menegaskan, beliau akan tetap bersama dengan GRS dan menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya (dakwaan keluar GRS) kerana tidak pernah pun saya berbincang mengenai perkara ini, tiba-tiba nama saya ada di situ.

“Saya tidak pernah ke Kota Kinabalu sejak beberapa hari ini, saya juga tidak berhubung dengan sesiapa. Malah saya turut hadir pada program GRS di Kota Marudu dan Matunggong, baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top