Ruddy jangka DUN Sabah dibubar Ogos 2025

Ruddy-Awah.jpg

Datuk Ruddy Awah

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Ruddy Awah menjangkakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan dibubar pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Beliau berkata jangkaan itu bersesuaian dengan tempoh DUN Sabah yang dijadualkan tamat pada Oktober tahun hadapan.

Menurut Ruddy, tiada kemungkinan pembubaran berlaku sebelum 31 Disember ini atau awal tahun depan, meskipun terdapat desakan supaya PRN17 diadakan lebih awal.

“DUN tidak akan dibubarkan tahun ini kerana tempoh semasa adalah sehingga Oktober 2025.

“Jangkaan pembubaran pada Ogos tahun depan adalah logik dan sesuai,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Karamunsing, pada Khamis.

Beliau, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.03 Pitas, turut menyatakan bahawa, persiapan GRS untuk menghadapi PRN17 telah dimulakan.

Malah katanya, usaha itu akan diperhebatkan bermula Januari 2025.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top